Suke Ubah-ubah Masa

just nk bg tau tarikh n mase yg tertera kt post blog aku ni sumenye slh coz die terlewat 1 hari.ntah ape yg masalah aku pon x tau..laptop aku ok je..huhuhuhuhuhu

Saturday, December 12, 2009

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Thursday, December 10, 2009

Result Exam (Julai 09-Nov 09)


Alhamdulillah result exam sudah keluar dan keputusannya aku lulus semua subjek. Walaupun tak dapat 3 pointer apatah lagi DL tapi tak apalah. Lulus semua subjek merupakan satu kelegaan buat aku. Mungkin di hati ini terselit sedikit hampa tapi aku tetap harus bersyukur kerana aku masih boleh meneruskan pengajiaan ku tanapa perlu mengulang apa-apa subjek. Di laman FB sedang hangat membicarakan tentang result exam dan server UiTM yang lembab. Aku nak masuk tadi pun perlu bersabar terpaksa refresh banyak kali.

Tapi tak apalah semua persoalan sudah terjawab. Segala kemungkinan-kemungkinan yang pernah berlegar di fikiranku hanyalah khayalan-khayalan negatif ku sahaja. Apa yang aku dapat hari ini, itulah hasil usahaku selama ini. Mungkin doaku ingin merasai gelaran anugerah dekan belum dimakbulkan oleh Allah lagi. Mungkin kerana diriku sendiri. Ampunkan dosa-dosaku YA ALLAH. Ini satu ujian dariMu dan aku tahu akan ada HIKMAH bagi apa yang telah ENGKAU tetapkan kerana ALLAH maha adil dan semua ketentuannya bukanlah sia-sia.

Buat sahabatku nur amirah binti zolkepali, kau memang hebat dan aku tahu kau akan sentiasa hebat. DEKAN memang sudah sebati dalam hidupmu. Teruskan kecemerlangan ini. Terima kasih jika ada doa-doa yang kau kirimkan untukku.~p/s: Jika bahagia dengan kehidupan sekarang, lupakan segala keperitan semalam, di depan sana akan ada sesuatu yang kita inginkan menanti kita=) 

Terima kasih buat semua, Emak, ayah, family, sahabat-sahabat sekalian, pensyarah-pensyarahku dan kaum muslimin dan muslimat yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku. Teruskanlah dengan kiriman-kiriman doa buatku aku akan sentiasa mengharapkannya.

azam~next sem nak belajar lagi sungguh-sungguh. aku tetap nak cuba rasa macam mana bila dapat DL ni=)

Ya Allah tanamlah rasa syukur dalam diriku atas apa sahaja yang telah engkau tetapkan buatku

Tuesday, December 8, 2009

Muda pada umur atau rupa

Banyak definisi tentang muda. Biasanya selagi tidak mencecah usia 40 tahun seseorang itu masih dianggap muda. Tetapi pada zaman sekarang ada yang berusia lebih dari 40 tahun pun masih kelihatan muda. Jadi muda itu pada umur atau rupa?. Untuk aku, aku masih muda. Baru berusia 21 tahun satu usia yang kebanyakkan insan mula untuk mengenal kehidupan yang lebih luas lagi. Kata orang 21 adalah kunci kebebasan bagi remaja perempuan seperti aku. Sekarang waktunya untuk belajar lebih berdikari dan memikirkan masa depan. Segalanya perlu dirancang untuk menjadikan kita lebih matang.



Matang sering dikaitkan dengan usia. Pada aku matang itu akan datang sendiri dan tiada usia yang ditetapkan untuk menjadi matang. Jika kita lihat masih ada juga orang yang sudah berkahwin tetapi belum matang ketika melayari kehidupan berumah tangga.



Antara aku dan angah aku lebih muda lima tahun dari dia, tapi bila kami bersama berhadapan dengan ahli keluarga jauh atau orang yang tidak mengenali hubungan kami mereka menyangkakan kami hanya kawan. Bila pertalian saudari ini diketahui ramai mengatakan aku adalah kakak kepada angah. Ahhh...adakah cara aku tidak seperti seorang adik? Adakah gaya aku tidak seperti remaja seusiaku? Adakah aku kelihatan terlalu matang?

Mungkin kerana aku membesar dengan cara kakakku. Apabila kakakku meningkat remaja aku masih lagi di alam persekolahan tetapi keinginan aku ketika itu seperti remaja seusianya. Inilah namanya pengaruh. Tidak mengapa jika aku mungkin dianggap seorang kakak kepada angah mungkin ia kadang-kadang memberi kekuatan dalam diri untuk menjadi seorang pelindung.

Setiap orang melalui masa muda dan tua. Abadikan setiap peringkat itu dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Sunday, December 6, 2009

Mungkinkah akan berulang?


Assalammualaikum,
Jarang post yang aku buat dimulakan dengan salam. Jadi post yang ini aku mulakan ucapan salam sejahtera kepada kalian yang membaca blog aku. Ketika aku menulis ini aku sedang barada di Hospital Colombia Asia di Seremban kerana menemani kakak ipar aku yang dimasukkan ke hospital ini kerana sakit belakang yang dirasainya. Buat masa ini doktor menjangkakan sakitnya disebabkan saraf atau tulang. Esok baru akan dilakukan segala test yang dikehendaki. Insya Allah, harap semuanya akan baik. Pengorbanan yang ikhlas dan baik insya Allah akan menerima ganjaran yang baik juga.

Ketika ini hatiku berdebar-debar dan takut bila memikirkan sesuatu. Keputusan peperiksaan hampir tiba hari pengumumannya. Aku takut bila memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal aku terima. Aku teringat akan keputusan peperiksaan semester 4 (diploma) setahun yang lalu. Keputusan yang sungguh menyedihkan. Aku menerima keputusan itu ketika melawat bapa saudaraku yang terlantar di hospital perak akibat serangan strok secara tiba-tiba. Keadaan itu mengingatkan aku pada keadaan sekarang. Adakah sejarah akan berulang???

Ohhhh tidakkkk. Aku tidak mahu keputusan seperti itu berlaku lagi. Aku inginkan keputusan yang baik dan lebih cemerlang kerana itu harapanku. Aku berharap sejarah itu tidak akan berulang lagi.

Ya Allah,
Kau tenteramkanlah hatiku. Kau berilah keputusan yang baik kepadaku, sahabat-sahabatku dan para muslimin dan muslimat sekalian dalam peperiksaan akhir semester ini yang telah kami duduki. Redhakanlah hatiku serta para muslimin dan muslimat sekalian ketika menerima takdir yang telah engkau tentukan buat kami. Kau datangkanlah hikmah yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya.

Thursday, December 3, 2009

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Tuesday, December 1, 2009

Fikiran dan andaian


Orang boleh fikir apa sahaja tentang diri kita. Orang boleh berandaian kita tahu atau tidak tahu tentang sesuatu perkara atau mungkin orang boleh berandaian kita ada atau kita tiada sesuatu barang yang kita perlu ada atau yang orang lain ada atau mungkin yang tidak perlu ada. Kadang-kadang andaian orang ni boleh membuatkan hidup kita sesak dan boleh menimbulkan banyak persoalan (betul ke?).

Ah sudah, bagi aku tak semua perkara orang perlu tahu pasal kita asalkan aku sendiri tahu atau mungkin orang yang hampir dengan aku tahu sudah mencukupi. Biarpun andaian-andaian mereka kadang-kadang salah, tidak semestinya aku perlu membetulkan dan menyatakan kebenarannya jika ia bukan sesuatu yang penting. Orang boleh menilai walau hanya memandang tidak perlu suara untuk menyatakan.

Setiap manusia tahu siapa dirinya dan bagaimana cara dirinya menghadapi kehidupan. Aku selalu berpegang dengan kata-kata:


"Apa yang mata kita lihat tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Lihatlah sesuatu itu dengan pandangan mata hati".

"Jangan sebab kau tak tahu, orang tabalkan kau bodoh dan lembab padahal pandai gila"- kata-kata seorang sahabat pada aku. (nak bagi aku motivasi sikit)

Kata-katanya buat aku sedar tindakan kita akan menimbulkan banyak andaian tetapi hakikat sebenarnya tidak semua orang tahu. Fikirlah apa sahaja yang penting aku tahu apa yang aku lakukan.

Ya mata yang melihat ini tidak semestinya betul kerana sekali dia memandang fikiran akan terus menjana tanggapan awal bagi apa yang dia nampak. Tapi jika kita melihat dengan hati ia memerlukan masa untuk kita berfikir secara rasional, positif dan tenteram. Manusia yang matang bukan bergantung pada usianya tetapi pada cara dia berfikir, tindakan, pengalaman sendiri atau sekadar pemerhatian pada pengalaman orang lain. Apa yang kita hadapi hari ini adalah kerana kita mempunyai kekuatan untuk menghadapinya. Kalau ia tidak berguna sekarang mungkin ia akan sangat berguna pada kita untuk masa-masa yang akan datang.

Sunday, November 29, 2009

waterfall

Sampai di sana jam 9 pagi. Masih tak ramai orang jadi seronok bermandi manda. Bila matahari semakin tinggi semakin ramai orang yang memenuhi ruang tempat mandi tu jadi dah tak seronok. Pukul 12 lebih kitaorang dah cabut balik....






.::Kalimah Cinta::.

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

"Ayat-Ayat Cinta"

♥"Dia yg sering menggembirakan aku,Yg ada di sisi ketika aku bersedih,Yg menerima aku seadanya,Yg boleh menyuluhkan jalan kebenaran buat aku,Hingga saat aku terluka kerana dia,Hatiku akan tetap untuk dimilikinya". :)♥

♥"Dia tidak indah di mataku,Dia tidak menggetarkan batinku,Dia tidak seperti yang ku mimpikan,Tetapi dia ada di sudut hati ku..."♥

♥"3 years pas + 7 years becoming = 10 years i'm waiting"♥

♥"Bila bicara tentang mimpi, namamu yang pernah ku mimpikan..benarkah kau 'ketua cerdik pandai', yang bakal mewarnai hidupku"♥

"Madah Hikmah"

"Jadilah benih yang bernas,
Seribu tahun dijemur panas,
Digetus digetas binatang buas,
Tetap tumbuh mencetus tunas"

Ru@ng Ilmu

ini adelah surah-surah boleh diamalkan oleh kite selepas solat lima waktu..insya allah ia akan menjadi pelindung kite dari 1 waktu solat ke 1 waktu solat

1) al-fatihah
2) 3 Qul
3) alam nasyrah
4) ayat kursi

byk hikmahnya..insya allah akan terlindung dr bahaya,gangguan jin dan syaitan serta mate2 jht disekeliling kite(kecuali yg ikhlas nk berkwn ngan kite)